Friendship....

”The true friend is the one who’s coming in the door while everyone else is going out. Friends are the ones who love you when you’re hard to love, stand by you when it’s not the popular thing to do and are there for you when you need it, even if it means they don’t get anything back.”

Sunday, May 9, 2010

Sabah & Sarawak: Melanau harap perubahan

Sabah&Sarawak: Melanau harap perubahan
Oleh Kandu Sidi
kandausidi@bharian.com.my
2010/05/10

Masyarakat minoriti Kampung Bungan Besar minta BN bela nasib, sedia prasarana

SIBU: Masyarakat minoriti Melanau di Kampung Bungan Besar, kawasan terpencil dalam kawasan Parlimen Sibu yang terletak di tebingan Sungai Rajang meminta kerajaan menyelesai masalah prasarana yang sudah lama dinanti-nantikan mereka.
Kehidupan lebih 300 penduduk di kampung itu agak perit tanpa bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya, namun mereka masih menaruh kepercayaan tinggi kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib dan masa depan mereka.
Mereka yakin calon baru BN yang bertanding pada pilihan raya kecil di Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew, dapat membawa perubahan di kawasan mereka dan percaya masa depan kampung itu lebih cerah.

Pemangku ketua masyarakat di kampung Bungan Besar, Ali Sidu, 49, berkata penduduk di dua kampung Melanau di Parlimen Sibu itu sudah sekian lama dahagakan tiga kemudahan asas yang amat penting itu.

“Selepas ini (pilihan raya kecil) jika BN dapat mengekalkan kerusi Parlimen Sibu, kami berharap supaya kemudahan asas ini dapat disalurkan segera ke kampung kami.

“Sekarang kami terpaksa memasak makanan dan minum air hujan, serta mandi air Sungai Igan yang keruh. Jika kemarau bekalan air hujan sering terputus. Air hujan disimpan dalam tangki juga perlu kerap kali diperiksa kerana dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Semua ini, menyukarkan kehidupan kami,” katanya kepada Berita Harian.
Kampung Bungan Besar yang mempunyai 82 keluarga dan Bungan Kecil adalah antara penempatan etnik Melanau beragama Kristian paling terpencil di Parlimen Sibu.

Kebanyakan penduduk di kawasan itu bekerja sebagai petani, nelayan sungai dan mengusahakan tanaman rumbia. Pengundi Melanau mewakili satu peratus daripada sejumlah 52,158 pengundi berdaftar di Parlimen Sibu.

Walaupun, jumlah itu kecil, ia penting diambil kira kerana kawasan Parlimen Sibu sering kali merekodkan kemenangan dengan majoriti amat tipis. Maknanya Bungan Besar dan Bungan Kecil boleh menjadi penentu kemenangan calon dan pasti akan menjadi tumpuan parti yang bertanding bagi mendapatkan sokongan.

Ali berkata, sebelum ini ada cadangan kerajaan membina kemudahan jalan raya menghubungkan kampung Melanau di situ dengan bandar Sibu.

“Jalan raya melalui kawasan ladang kelapa sawit sudah dibina. Sekarang kita perlukan jalan raya menghubungkan kampung Bungan dengan jalan raya di ladang kelapa sawit,” katanya.

Beliau yang tidak yakin pemimpin parti pembangkang seperti DAP mampu membela nasib penduduk di kawasan itu berkata, penduduk kampung menggunakan janakuasa diesel dan petrol untuk membekalkan tenaga elektrik.

Fatimah Atop, 42, berkata, situasi itu mengakibatkan kos hidup penduduk kampung meningkat berikutan kenaikan bahan api itu.

“Justeru, kita begitu mengharapkan kerajaan BN dapat menyediakan kemudahan asas secepat mungkin,” katanya.

Tinjauan Berita Harian di kampung itu mendapati kebanyakan penduduknya berhijrah ke bandar Sibu untuk menyara hidup. Yang tinggal di kampung majoritinya adalah golongan yang sudah berusia.

1 comment:

arshaniq said...

Assalamualaikum...Gua kerat jari selagi BN pegang Sarawak selagi itu api, air dan elektrik takkan dapat disediakan untuk 2 kampung ini...confirm!!!
Sejak jadi KM apa TAIB buat?!!! Gua asal dari kampung ini!!! Itu baru api, air dan elektrik...belum lagi sistem kumbahan????!!!!!!!!!!!!
Ape...kitorang bukan rakyat Sarawak ke? Kehidupan sangat daif...Sial TAIB!!! Nak majukan MUKAH je!!! Ada double standard!!! Atau lu nak hapuskan Melanau?!Dibawah TAIB berapa banyak tempat dipinggirkan?! 2 kampung ini antaranya...banyak lagi tempat lain beb! Pengangguran melonjak tinggi!!! Kerajaan yang bagus kerajaan yang dapat sediakan kemudahan asas kpd rakyat, kehidupan yg selesa, peluang pekerjaan dan bermacam-macam lagi!! Lu nak kuasa dan duit lu ambikla TAIB!!! Insya Allah doa org teraniaya gara2 lu makbul!!! Kemenangan DAP green light utk lu!!! Wassalam!!!!!!!!!!!!!